Skip to main content

APMM Detains Fishing Boat Without Registration Number in Penang Waters, Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Maritim Negeri Pulau Pinang telah menahan sebuah bot pancing yang tiada nombor pendaftaran jam 3.15 petang semalam. Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Bin Harun berkata, semasa bot peronda melakukan rondaan Op Benteng Laut di sekitar perairan Pulau Pinang telah menahan sebuah bot pancing di kedudukan 1.5 batu nautika timur Batu Maung. “Hasil pemeriksaan mendapati 5 pemancing warga tempatan berada di atas bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 474(1) iaitu beroperasi tanpa lesen bot yang sah serta gagal mengemukakan dokumen insurans.” “Vesel yang ditahan dibawa ke Jeti PPM Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” kata beliau dalam satu kenyataan. Hamizan menegaskan Maritim Negeri Pulau Pinang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara khususnya di Pulu Pinang. Jika terdapat sebarang aduan atau kecemasan di laut, orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan memberi maklumat awam yang lengkap kepada pihak Maritim Malaysia melalui talian 24 Jam iaitu MERS 999 atau terus hubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang, 04-2626146 / 04-264 3650. Source Details : https://id-id.facebook.com/maritimmalaysia/posts/3232345833523976